Tuesday, November 10, 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 101~110

101. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu tanya hal-hal yang jika diterangkan kepada kamu, akan menyusahkan kamu, tetapi jika kamu bertanya dari hal ayat-ayat itu waktu diturunkan Quran, akan diterangkan nya kepada kamu. Allah maafkan kamu dari kesalahan itu, kerana Allah itu pengampun, penyabar.

102. Sesungguhnya telah menanyakan dia satu kaum sebelum kamu, kemudian, jadilah mereka orang-orang kafir dengan sebab itu.

103. Allah tidak jadikan bahirah dan tidak saibah dan tidak wadilah dan tidak haram, tetapi orang-orang kafir itu membuat dusta atas nama Allah, kerana kebanyakan mereka tidak berfikiran.

104. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul nya”.  Mereka berkata; “cukuplah bagi kami apa-apa bagi kami dapati bapa-bapa kami atasnya”. Apakah mereka akan turut walau pun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak terpimpin ?

105. Hai orang-orang yang beriman ! jagalah diri-diri kamu, tidak boleh membahayai kamu kesesatan orang yang sesat, apabila kamu terpimpin. Kepada Allah lah tempat kembali kamu sekelian, maka ia akan terangkan kepada kamu balasan bagi apa yang kamu telah kerjakan.

106. Hai orang-orang yang beriman ! persaksian diantara kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, waktu berwasiat, ialah dua oang yang adil dari antara kamu, atau dua orang yang bukan dari kamu, jika kamu dalam pelayaran lalu bahaya mati hendak mengenai kamu, kamu tahan  dua-dua nya sesudah sembahayang, lalu dua-dua nya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu; “kami tidak menjual dia dengan harta, walau pun ia keluarga yang dekat, dan kami tidak sembunyikan penyaksian kerana Allah, lantaran kalau bagitu, sesungguhnya adalah kami dari orang-orang yang berdosa”.

107. Lantas apabila didapati, bahawa mereka berdua berbuat dosa, maka hendaklah ada dua orang lain yang lebih hampir, dari orang-orang yang diperbuat dosa atasnya itu, menggantikan mereka berdua, lalu bersumpah dengan nama Allah; “bahawa persaksian kami lebih patut diterima daripada persaksian mereka berdua, dan kami tidak melewati batas, kerana kalau bagitu, nescaya adalah kami dari orang-orang yang zalim”.

108. Yang demikian itu cara yang lebih dekat, supaya manusia menjadi saksi sebagaimana mestinya, atau supaya mereka takut dikembalikan sumpah-sumpah mereka sesudah sumpah-sumpah mereka, oleh kerana itu, takutlah kepada Allah, dan dengarkan lah, kerana Allah tidak memimpin kaum yang pasik.

109. Pada hari Allah akan kumpulkan Rasul-Rasul nya, lalu ia bertanya; “bagaimana kah kamu diterima ?” mereka menjawab; “tidak ada pengetahuan bagi kami”. Sesungguhnya engkaulah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.

110. ingatlah tetekala Allah berkata; “hai Isa anak Mariam ! ingatlah nikmat ku atas mu dan atas ibu mu tetekala aku kuatkan mu dengan roh al-kudus, engkau berkata-kata dengan manusia dalam buaian, dan waktu besar mu, dan ingatlah tetekala aku ajar mu tulisan dan hikmah dan Taurat dan Injil, dan ingatlah tetekala engkau jadikan, daripada tanah, seperti keadaan burung dengan izin ku lalu engkau tiup padanya, dan ingatlah waktu engkau menyembohkan orang-orang buta dan sopak dengan izin ku, dan ingatlah tetakala engkau menghidupkan orang-orang yang sudah mati dengan izin ku, dan ingatlah tetekala aku menghalangi bani Israel daripada mu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan, lantas orang-orang kafir dari antara mereka, berkata; “ini tidak lain melainkan satu sihir yang terang-terang”.

Following Twitter,
[]https://twitter.com/FlatCemara2/status/664346829476093953



.

No comments:

Post a Comment