Sunday, November 8, 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 31~40

31. Lalu Allah kirim seekor burung gagak yang mengorek tanah, untuk ia lihatkan kepada nya bagaimana hendak nya ia menimbus bangkai saudaranya itu. Ia berkata; “hai kecelakaan ku ! mengapakah aku lemah menjadi seperti gagak ini buat menimbus bangkai saudara ku ?” maka jadilah ia daripada orang-orang yang menyesal.

32. Oleh kerana itu, kamu wajibkan atas bani Israel, bahawa barang siapa membunuh orang tidak kerana ia membunuh seorang atau tidak kerana ia membuat rusuhan dibumi, maka seolah-seolah ia membunuh manusia semuanya, dan barang siapa memilihara hidupnya  seorang, maka seolah-olah ia memelihara hidupnya manusia semua,  dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul kami dengan membawa keterangan-keterangan, kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka, sesudah itu, melewati batas dibumi.

33. Tidak ada balasan  bagi orang-orang yang  memerangi Allah dan Rasul nya dan mengadakan rusuh dibumi, melainkan dibunuh mereka, atau disalib mereka atau dipotong tangan-tangan  mereka dan kaki-kaki mereka, berselang-selang, atau dihalau mereka dari bumi itu, yang demikian ini, adalah satu penghinaan bagi mereka didunia, dan adalah bagi mereka diakhirat nanti, azab yang besar.

34. Melainkan orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat tangkap mereka. Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.

35. Hai orang-orang yang beriman ! takutlah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kamu kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh dijalan nya, supaya kamu dapat kejayaan.

36. Sesungguhnya orang-orang yang kufur, kalau mereka mempunyai sekelian apa yang ada dibumi dan sebanyak itu lagi bersertanya, untuk mereka menebus diri-diri dengannya, daripada azab hari kiamat, nescaya tidak akan diterima dia dari mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.

37. Mereka hendak keluar dari seksaan mereka, tetapi tidaklah mereka itu orang-orang yang boleh keluar daripada nya, dan adalah bagi mereka itu azab yang tetap.

38. Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri itu, hendaklah kamu potong tangan-tangan mereka sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan,  dan sebagai contoh  yang menakutkan dari Allah, dan adalah Allah itu maha keras, bijaksana.

39. Tetapi barang siapa bertaubat sesudah kezaliman nya dan ia berbuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah akan memberi ampun kepada nya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.

40. Tidak kah engkau ketahui, bahawa bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menyeksa supaya yang ia kehendaki dan ia memberi ampun kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Following Twitter
[] https://twitter.com/PuteraSulaiman4/status/663291413052854272 




.

No comments:

Post a Comment