Sunday, November 8, 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 41~50

41. Hai Rasul ! janganlah mendukacitakan mu orang-orang yang berlumba-lumba didalam kekufuran dari antara mereka yang berkata dengan mulut-mulut mereka; “kami telah beriman”,  pada hal hati-hati mereka tidak beriman, dan dari antara orang-orang yahudi. Mereka suka dengar untuk berdusta, mereka suka dengar untuk satu golongan dari pendita-pendita yang tidak datang kepada mu, mereka ini merubah kalimah-kalimah Allah daripada tempat-tempat nya.  Mereka ini berkata kepada kaum mereka; “ jika didatangkan kepada mu hukum seperti ini, maka terima lah dia, dan jika tidak didatangkan nya kepada mu seperti ini, maka hendaklah kamu jaga-jaga diri”, dan barang siapa Allah kehendaki kesesatan, maka tidaklah engkau berkuasa menolak suatu yang datang daripada Allah untuk nya. Mereka itu, ialah orang-orang yang Allah tidak hendak membersihkan hati-hati mereka. Adalah bagi mereka kehinaan didunia,  dan adalah bagi mereka di akhirat, azab yang besar.

42. Mereka suka mendengar buat menyibarkan dusta.  Mereka suka makan barang yang haram. Lantaran itu,  kalau mereka datang kepada mu, hukumkan lah antara mereka, atau berpalinglah dari mereka, kerana jika engkau berpaling dari mereka, tidaklah boleh mereka sampaikan bahaya apa pun kepada mu, dan kalau engkau menghukun, hukumlah antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil.

43. Bagaimanakah mereka akan jadikan mu hukum dengan ikhlas, pada hal disisi mereka ada  Taurat yang didalam nya ada hukum Allah, kemudian mereka berpaling sesudah itu ? dan bukan lah mereka itu daripada orang-orang yang beriman.

44. Sesungguhnya kami telah turunkan Taurat yang pada nya ada pertunjuk dan penerangan yang dengan nya Nabi-Nabi yang menyerah diri kepada Allah, pendita-pendita dan oang-orang alim, mereka menjadikan hukum atas orang-orang  yahudi dengan apa yang mereka telah diamanatkan dari kitab Allah, pada hal mereka itu jadi saksi atas kitab itu. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada ku  dan jangan lah kamu jual ayat-ayat ku dengan harga yang sedikit, kerana barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka adalah mereka itu orang-orang yang kafir.

45. Dan kami telah wajibkan atas mereka dalam Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka  itu ada balasan nya. Tetapi barang siapa dermakan hak membalasnya. Maka adalah yang demikian itu jadi penebus dosa baginya, dan barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka adalah mereka itu orang-orang yang zalim.

46. Dan kami telah iringkan Isa anak Mariam, sesudah mereka, sebagai mengenepi khabar yang ada lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan kami telah beri kepada nya Injil yang pada nya ada petunjuk dan penolong, dan sebagai mencukupi apa yang ada lebih dahulu daripada  nya dalam Taurat, dan sebagai pertunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang berbakti.

47. Dan hendaklah ahli injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah pada nya, kerana barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka adalah mereka itu orang-orang yang pasik.

48. Dan telah kami turunkan kepada mu kitab Quran dengan membawa kebenaran, sebagai mengenepi khabaran yang ada lebih dahulu daripada nya, iaitu kitab Taurat, dan sebagai penyaksi atas nya. Lantaran itu, hukumkan lah antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka yang boleh memalingkan mu  daripada kebenaran yang datang kepada mu, bagi tiap-tiap umat daripada kamu, kami telah adakan peraturan dan jalan, pada hal kalau Allah mahu, nescaya ia jadikan kamu hanya satu umat, tetapi ia mahu memberi pengujian kepada kamu tentang apa yang ia telah kurniakan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah menuntut kebaikan-kebaikan.  Kepada Allah lah tempat kamu  sekelian kembali, maka ia akan khabarkan kepada  kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

49. Dan hendaklah engkau hukumkan antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah  engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga diri lah daripada mereka, khuatir kalau-kalau mereka gelincirkan mu daripada sebahagian perintah yang Allah turunkan kepada mu, maka sekiranya mereka berpaling daripada kebenaran ketehuilah, bahawa Allah tidak mahu melainkan akan menyeksa mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia adalah orang-orang yang pasik.

50. Apakah mereka mahu hukuman jahiliah, pada hal bukankah tidak ada siapa-siapa yang hukuman nya lebih baik daripada Allah, bagi orang yang berkeyakinan ?   .
 ..
Following Twitter,
[] https://twitter.com/PuteraSulaiman4/status/663294901950353408




.

No comments:

Post a Comment